Saturday, 16 February 2013
YOUTUBE
Salam ahad,
Kepada sesiapa yang tidak tahu software apa untuk digunakan mendownload video dari youtube.
Friday, 15 February 2013
Burn CD
Salam petang ahad.
Hari ni genap sebulan aku dah pandai burn audio or video. Kalau ada kemahuan disitu ada jalan kan.
Klik sini untuk tutorial burn audio or video ke dalam cd. Tutorial ini khusus untuk video berformat mp4 sahaja.
Selamat mencuba
BILA KUCING MENGEDIK? APA MAUNYA?
Bila kucing mengedik. Apa maunya? Tajuk tak boleh blah kan. Aku bukan nak mengumpat. cuma nak cerita pasal kucing dekat rumah aku tu. Yang tuuu. Tak tahu? Mai sini aku cerita. Alkisahnya begini.
Aku perasan dua tiga hari ni, kucing peliharaan adik aku ni. Asyik tergedik sana tergedik sini. Kenapa ye rasa-rasanya? Untuk pengetahuan korang, kucing kitorang ni betina. Tunggal pulak tu, tak ada adik-beradik apalagi ibu bapa, kesian kan? Sebab tu bila dia buat perangai. Risau pulak.
Mak aku cakap dia nak mengawan sebab tu asyik mengeliat sana mengeliat sini tergolek sana tegolek sini. Gesel sana gesel sini. Lepas tu bukan setakat tu. dia yang sememangya susah nak dengar suaranya. Sekarang ni selalu pulak mengiow tak tentu pasal. Entah apa yang dicakapkannya.
Mula-mula kitorang adik beradik tak berapa nak percaya. Bukannya tak percaya cakap orang tua, cuma nakkan kepastiannya aje. Satu hari tu aku ternampaklah kucing adik aku tengah lepak-lepak dekat balkoni rumah kitorang. Rumah kitorang ni rumah kedai. Ada tiga tingkat semuanya. Tingkat bawah sekali, bahagian kedai-kedai. Rumah kitorang berada dekat tingkat dua.
Sambil menjenguk-jenguk kebawah, dia boleh pulak bersahut-sahutan miow dengan kucing dekat bawah. Kitorang yang dekat dalam rumah tengah tengok tv diganggu dengan bunyi sahut-sahutan tu. Apalagi, kitorang jenguklah balkoni. Rupanya kucing adik aku ni tengah mengedik dengan kucing yang dekat bawah ni. Sejak tu dia asyik tergedak tergedik aje.
Bila ditanya kenapa? Tak dijawab. Memanglah tak jawab. Dah cakap dengan kucing. Tak boleh jadi ni, lepas ni adik aku kenalah cari sekor kucing jantan buat teman kucing yang sekarang ni.
pssst: Hidup xselalunya indah, tp yang indah tetap jadi kngan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
