Burn video dalam cd
Bahan yang korang perlu ada ketika ini adalah satu keping cd kosong. Dekat pasaraya ada jual. Aku beli cd yang 1 set ada 50 keping berharga RM19.90. Lagi ? Ha, fail video yang berformat mp4. Setakat ni aku pernah cuba video yang berformat mp4. yang berformat selain mp4 belum pernah try. Nanti kalau korang try, korang kasitahu aku la ye. Sharing is caring kan.
kemudian mesti ada Nero 7 ultra edition. Kalau tak ada boleh install dulu ye. Sini aku printscreen kan kasi korang tengok.
Kalau semua bahan dah ada, bolehlah kita mulakan sesi tutorial kita.
First, kalau korang dah install korang pergi start-all program-Nero 7 ultra Edition-Nero smart. And then keluarlah yang dekat bawah ni.
Then, dekat gambar tu ada scroll untuk cd, dvd. Just choose cd. Next, lihat gambar bawah ni. Choose gambar keempat photo and video. Klik make video cd.
Next, bawah gambar tu, yang dekat sebelah kanan. Korang click add videos files.
Kemudian, korang browse mana file yang korang dah simpan. Then double click or open. Macam dekat bawah ni.
Klik next sampai lah korang jumpa gambar macam dekat bawah ni. Click button play dulu untuk playback dekat cd player korang then baru klik next.
Tekan yes pada pop pup yang keluar. Dan kemudian click burn. Bila dah siap, nanti cd tu keluar sendiri
Proses akhir adalah amat penting dalam menghasilkan cd atau dvd yang sempurna. Maksud sempurna disini ialah tiada gangguan bunyi pada bahagian akhir jalan cerita atau lagu.
Proses akhir itu ialah, apabila cd sudah terkeluar sendiri, jangan terus menariknya keluar, tetapi biarkan sebentar. Korang tumpukan perhatian pada pop up yang keluar. Kemudian klik save.
No comments:
Post a Comment