Monday 1 July 2013

CUSTOMER ALWAYS RIGHT

First time jadi cashier, memang bengang jugaklah. Macam mana nak scan barang, selalunya pergi pasar raya tengok orang yang scan barang. Sekarang kena buat sendiri pulak. OMAIGAD.
Lagi macam mana pulak nak guna penimbang barang. Confuse den.

Nak melayan customer satu hal pulak. Dulu bila aku yang jadi customer, aku suka sebut "Customer always right", sebab aku yang jadi pengguna. Tapi sekarang aku bukan pengguna. Dan aku tak suka perkataan customer always right.

Sunday 16 June 2013

BURGER BAKAR

Sesekali pekena burger bakar memang sedap kan. First in johor. Bukan aku yang cakap. Aku just baca dekat banner dia. Kalau daging RM 6, ayam RM 7 dan kambing RM 9.

Ayah order yang daging. Isi dagingnya memang tebal dan mampat dengan sentuhan sos dan mayonis yang menyelerakan. Tak kering gusi. Haip, tak pasal2 pulak. Bagi peminat burger tegar boleh mencuba burger bakar ini di Taman Putri, Kulaijaya, Johor Bersebelahan masjid Ar-Rahman.


Menyelerakan.


Macam mana ek nak makan






Pssst: Impian aku terlalu banyak.



HUTAN BANDAR PUTRA, KULAIJAYA JOHOR

Petang tadi abang aku aka Mimin ajak aku pergi Hutan Bandar Putra. Kirannya ni kali kedua, aku pergi situ. Masa mula-mula lupa nak ambik gambar. Just jalan-jalan tengok ikan, naik bukit. Hari ni, Mimin  terserempak dengan dua orang kawan kerja dia. Join diorang sekali lah. Tak rugi pun.

Kali ni aku pergi dengan niat nak naik basikal yang memerlukan 2 orang mengayuh. Kenapa basikal tu? Sebab aku tk pandai bawak basikal. Kalau ada orang guide senang sikit. Cuma masalahnya yang guide tu asyik mengarah itu ini. Ngah, kayuh laju sikit. Oit, kau tak kayuh ke? Ngah, tak payah kayuh laju sangat perlahan aje. Aik, tadi dia suruh kayuh laju lepastu perlahan. Yang guide tu Mimin lah. Si banyak songel tu. Ok tutup kisah ni.


Ni basikal yang 2 orang kayuh.


Ni basikal yang kawan Mimin guna.






Pssst: Apa yang kita lihat tak semestinya benar. 
Don't judge a book by it's cover.


















HAPPY FATHER'S DAY

16 Jun 2013 adalah hari bapa walaupun hari-hari adalah hari bapa. But we need one special day to celebrate  them. Kami sekeluarga telah membelikan satu hadiah.


Saturday 15 June 2013

FRIENDSHIP QUOTE


Klik friendship quote untuk lihat laman ini.



Psssst. Suka hati korang nak klik ke tak.

INTAI- INTAI DEKO

Penat badan belum habis lagi. Kenapa? Pagi tadi aku dengan family aku setuju nak buat persiapan raya awal. Rajin korang kata? Eleh bukannya apa cat rumah aja. Yelah tahun lepas cat masa bulan puasa. Naya cat masa bulan puasa. Asyik bukak peti ais ambil gelas aje. Tak boleh blah. Pagi bukan main bersemangat bangun puasa. Ok stop doing that.

Siap cat, hias dengan kemas rumah dalam 5 jam jugak lah. But, ok lah bila tengok balik rumah yang dah dicat  puas hati.


Tema hijau . Siap ada wallpaper gitu.


Penat mendongak nak cat bahagian siling.








pssst: take my hand and never let go


Friday 14 June 2013

TREASURE HUNT

Masa kemaskini folder folder yang  berterabur sana sini tak kira di desktop ataupun document malahan picture.  Aku terjumpa satu folder gambar masa aku belajar dulu. 2 tahun yang lepas. Terimbau kenangan dulu.

Aku dengan membe yang satu course join aktiviti yang diadakan oleh course business. Membe aku yang sorang ni namanya Biah. Dia ni wakil mpp. Memang aktif dia ni dan dia selalu buat aktiviti sukan. Cuma walaupun aku ni membe yang baik, tapi aku xjoin pun program yang dia buat, tak support kawan betul. Teruk kan. But itu memang aku. Malas lebih. Dua orang lagi tu Mary, satu lagi kawan Biah, Ijat. Senior kitaorang.

Tapi bila dia ajak aku join treasure hunt terus aku setuju dengan syarat kalau dia ada baru aku join. Lagipun aku memang suka aktiviti macam tu. Last aku join aktiviti macam tu pun masa sekolah dulu. Treasure hunt tu diadakan dekat zoo JB. 

Ni aku kongsikan gambar-gambar masa program tu.

Mandi tepung. Marry, Biah, Ijat, Aku.


Masing-masing geli dengan ulat. Banyak tu dok. 
Nasib baik ada mary.






Cuba cari dimana saya.




pssst: rindu korang semua especially biah.
 Lama xcontact kau.