First time jadi cashier, memang bengang jugaklah. Macam mana nak scan barang, selalunya pergi pasar raya tengok orang yang scan barang. Sekarang kena buat sendiri pulak. OMAIGAD.
Lagi macam mana pulak nak guna penimbang barang. Confuse den.
Nak melayan customer satu hal pulak. Dulu bila aku yang jadi customer, aku suka sebut "Customer always right", sebab aku yang jadi pengguna. Tapi sekarang aku bukan pengguna. Dan aku tak suka perkataan customer always right.
Monday, 1 July 2013
Sunday, 16 June 2013
BURGER BAKAR
Sesekali pekena burger bakar memang sedap kan. First in johor. Bukan aku yang cakap. Aku just baca dekat banner dia. Kalau daging RM 6, ayam RM 7 dan kambing RM 9.
Ayah order yang daging. Isi dagingnya memang tebal dan mampat dengan sentuhan sos dan mayonis yang menyelerakan. Tak kering gusi. Haip, tak pasal2 pulak. Bagi peminat burger tegar boleh mencuba burger bakar ini di Taman Putri, Kulaijaya, Johor Bersebelahan masjid Ar-Rahman.
Ayah order yang daging. Isi dagingnya memang tebal dan mampat dengan sentuhan sos dan mayonis yang menyelerakan. Tak kering gusi. Haip, tak pasal2 pulak. Bagi peminat burger tegar boleh mencuba burger bakar ini di Taman Putri, Kulaijaya, Johor Bersebelahan masjid Ar-Rahman.
Menyelerakan.
Macam mana ek nak makan
Pssst: Impian aku terlalu banyak.
HUTAN BANDAR PUTRA, KULAIJAYA JOHOR
Petang tadi abang aku aka Mimin ajak aku pergi Hutan Bandar Putra. Kirannya ni kali kedua, aku pergi situ. Masa mula-mula lupa nak ambik gambar. Just jalan-jalan tengok ikan, naik bukit. Hari ni, Mimin terserempak dengan dua orang kawan kerja dia. Join diorang sekali lah. Tak rugi pun.
Kali ni aku pergi dengan niat nak naik basikal yang memerlukan 2 orang mengayuh. Kenapa basikal tu? Sebab aku tk pandai bawak basikal. Kalau ada orang guide senang sikit. Cuma masalahnya yang guide tu asyik mengarah itu ini. Ngah, kayuh laju sikit. Oit, kau tak kayuh ke? Ngah, tak payah kayuh laju sangat perlahan aje. Aik, tadi dia suruh kayuh laju lepastu perlahan. Yang guide tu Mimin lah. Si banyak songel tu. Ok tutup kisah ni.
Ni basikal yang 2 orang kayuh.
Ni basikal yang kawan Mimin guna.
Pssst: Apa yang kita lihat tak semestinya benar.
Don't judge a book by it's cover.
HAPPY FATHER'S DAY
16 Jun 2013 adalah hari bapa walaupun hari-hari adalah hari bapa. But we need one special day to celebrate them. Kami sekeluarga telah membelikan satu hadiah.
Saturday, 15 June 2013
INTAI- INTAI DEKO
Penat badan belum habis lagi. Kenapa? Pagi tadi aku dengan family aku setuju nak buat persiapan raya awal. Rajin korang kata? Eleh bukannya apa cat rumah aja. Yelah tahun lepas cat masa bulan puasa. Naya cat masa bulan puasa. Asyik bukak peti ais ambil gelas aje. Tak boleh blah. Pagi bukan main bersemangat bangun puasa. Ok stop doing that.
Siap cat, hias dengan kemas rumah dalam 5 jam jugak lah. But, ok lah bila tengok balik rumah yang dah dicat puas hati.
Siap cat, hias dengan kemas rumah dalam 5 jam jugak lah. But, ok lah bila tengok balik rumah yang dah dicat puas hati.
Tema hijau . Siap ada wallpaper gitu.
Penat mendongak nak cat bahagian siling.
pssst: take my hand and never let go
Friday, 14 June 2013
TREASURE HUNT
Masa kemaskini folder folder yang berterabur sana sini tak kira di desktop ataupun document malahan picture. Aku terjumpa satu folder gambar masa aku belajar dulu. 2 tahun yang lepas. Terimbau kenangan dulu.
Aku dengan membe yang satu course join aktiviti yang diadakan oleh course business. Membe aku yang sorang ni namanya Biah. Dia ni wakil mpp. Memang aktif dia ni dan dia selalu buat aktiviti sukan. Cuma walaupun aku ni membe yang baik, tapi aku xjoin pun program yang dia buat, tak support kawan betul. Teruk kan. But itu memang aku. Malas lebih. Dua orang lagi tu Mary, satu lagi kawan Biah, Ijat. Senior kitaorang.
Tapi bila dia ajak aku join treasure hunt terus aku setuju dengan syarat kalau dia ada baru aku join. Lagipun aku memang suka aktiviti macam tu. Last aku join aktiviti macam tu pun masa sekolah dulu. Treasure hunt tu diadakan dekat zoo JB.
Ni aku kongsikan gambar-gambar masa program tu.
Mandi tepung. Marry, Biah, Ijat, Aku.
Masing-masing geli dengan ulat. Banyak tu dok.
Nasib baik ada mary.
Cuba cari dimana saya.
pssst: rindu korang semua especially biah.
Lama xcontact kau.
Tuesday, 11 June 2013
DO I CARE
Salam pagi rabu semua. Terbelit-belit lidah kan nak sebut. Fikiran sudah jauh menerawang memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan tajuk diatas. Ceh, bertazkirah pulak aku ni. Ok aku nak cerita kisah dulu aku yang berlakunya kejadian dan kemudian berlakunya akibat kejadian tersebut.
Masa umur aku 10 tahun dulu. Aku suka tengok tv. Sambil2 tgk tv mulut nesti nak mengunyah-ngunyah. Dipendekkan cerita aku jumpa asam kecut. Alah yang warna oren. Orang selalu buat air asam boi. Then aku pergi petik limau kasturi dekat belakang rumah. Petik punya petik. Dah tersalah petik. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.
Ok. Asam kecut ada. Limau kasturi pun ada. Beres. Aku bawak semua barang tu depan tv. Aku duduk bersila then belah 2 limau tu atau potong sedikit hujung limau tersebut.
Then aku amik asam kecut satu biji, aku sumbatkan dalam limau, tanpa menoleh kiri kanan dan pada kucing yang meminta belas ihsan. Eleh tunjuk muka kesian la tu. Do I care. Aku sumbatkan limau tu dekat mulut. Habis mulut macam makan sireh.
Syok2 punya makan. Tanpa disangka-sangka, aku tercekik biji asam. Mak ada suruh minum air banyak2. Boleh jalan ke. Layan aje. Dengan usaha aku. Aku batuk sekuat-kuatnya. Kemudian terpelantinglah biji asam. Tapi yang buat aku saspen separuh saja biji tu. Walhal elok molek aje biji asam tu masa belum masuk tekak aku. Mana lagi separuh? Kenapa boleh jadi separuh?
pssst: Orang selalu cakap kalau aku reka cerita mesti xkena dengan tajuk kan.
Perasan kan. It's me dear.
Saturday, 16 February 2013
YOUTUBE
Salam ahad,
Kepada sesiapa yang tidak tahu software apa untuk digunakan mendownload video dari youtube.
Friday, 15 February 2013
Burn CD
Salam petang ahad.
Hari ni genap sebulan aku dah pandai burn audio or video. Kalau ada kemahuan disitu ada jalan kan.
Klik sini untuk tutorial burn audio or video ke dalam cd. Tutorial ini khusus untuk video berformat mp4 sahaja.
Selamat mencuba
BILA KUCING MENGEDIK? APA MAUNYA?
Bila kucing mengedik. Apa maunya? Tajuk tak boleh blah kan. Aku bukan nak mengumpat. cuma nak cerita pasal kucing dekat rumah aku tu. Yang tuuu. Tak tahu? Mai sini aku cerita. Alkisahnya begini.
Aku perasan dua tiga hari ni, kucing peliharaan adik aku ni. Asyik tergedik sana tergedik sini. Kenapa ye rasa-rasanya? Untuk pengetahuan korang, kucing kitorang ni betina. Tunggal pulak tu, tak ada adik-beradik apalagi ibu bapa, kesian kan? Sebab tu bila dia buat perangai. Risau pulak.
Mak aku cakap dia nak mengawan sebab tu asyik mengeliat sana mengeliat sini tergolek sana tegolek sini. Gesel sana gesel sini. Lepas tu bukan setakat tu. dia yang sememangya susah nak dengar suaranya. Sekarang ni selalu pulak mengiow tak tentu pasal. Entah apa yang dicakapkannya.
Mula-mula kitorang adik beradik tak berapa nak percaya. Bukannya tak percaya cakap orang tua, cuma nakkan kepastiannya aje. Satu hari tu aku ternampaklah kucing adik aku tengah lepak-lepak dekat balkoni rumah kitorang. Rumah kitorang ni rumah kedai. Ada tiga tingkat semuanya. Tingkat bawah sekali, bahagian kedai-kedai. Rumah kitorang berada dekat tingkat dua.
Sambil menjenguk-jenguk kebawah, dia boleh pulak bersahut-sahutan miow dengan kucing dekat bawah. Kitorang yang dekat dalam rumah tengah tengok tv diganggu dengan bunyi sahut-sahutan tu. Apalagi, kitorang jenguklah balkoni. Rupanya kucing adik aku ni tengah mengedik dengan kucing yang dekat bawah ni. Sejak tu dia asyik tergedak tergedik aje.
Bila ditanya kenapa? Tak dijawab. Memanglah tak jawab. Dah cakap dengan kucing. Tak boleh jadi ni, lepas ni adik aku kenalah cari sekor kucing jantan buat teman kucing yang sekarang ni.
pssst: Hidup xselalunya indah, tp yang indah tetap jadi kngan.
Wednesday, 9 January 2013
SUPERHERO PART 2
Habis kartun spiderman berganti kartun batman. Banyak- banyak kartun superhero. Satu kartun ni saja yang boleh masuk dalam kepala aku. Sebab kartun ni tak berdasarkan kuasa super tapi menggunakan teknologi canggih. Teknologi yang paling aku suka kereta batmannya. Pergh, terigin aku nak naik.
Setahu aku batman ada dua musuh yang liat. Joker dan pingu.
![]() |
| Joker |
![]() |
| Pingu |
Aku memang tak suka dua-dua musuh ni. Batman dia dapat ilham cipta teknologi batman apbila dia diserang sekumpulan kelawar.
Aku ingat lagi ada kartun gabungan superman, batman dengan superhero yang lain. Justice League kalau tak silap la. Kejap, aku google jap betul ke tak. Hah, betul- betul.
Yang depan sekali Superman, dia ni kira ketua paling besar. Kanan Batman, Flash and Hawkgirl
Kiri selepas superman tu wonderwoman, Green Lantern and Martian Manhunter.Mula-mula kumpulannya berdasarkan beberapa superhero kartun ini. Kemudian bertambah dengan kehadiran Green arrow, Black Canary, The atom, Hawkman, Elongated Man and Red Tornado.
Sekarang dah banyak kartun superhero lagi. Ben-10, Godzilla entah banyak lagi. Sampai ke sudahnya aku tak dapat tengok kartun aku. Nak tahu kartun kegemaran aku, lain kali kalau aku free. Aku kasi tahu sama lu.
Tuesday, 8 January 2013
SUPERHERO PART 1
Time aku kecik-kecik dulu, abang aku selalu tengok kartun superhero. TV ada satu aje. Sape yang cepat pegang remote tv dia lah berkuasa. Yang lambat tu kiranya kalah lah. So, aku duduk dekat belakang macam apek kalah judi. Bukan apa. Aku tak suka tengok cite-cite macam ni. lagi- lagi kalau tak ada sarikata. Dahlah cakap omputih. Kejadah dia, ajak aku tengok cite macam tu. Sepatah haram tak faham. Almaklumlah kecik-kecik dulu bahasa omputih yang aku tahu I and YOU. Superb sengal.
Kartun superhero first yang aku tengok supermanlah. Setiap ahad dok ngadap kartun superman. Aku? Sekali lagi like a stupid.
Yang aku tahu Superman ni satu aje kelemahan dia. Ape dia? Sabarlah jangan menyampuk. Kuasa dia jadi lemah bila tengok batu Kripton. Ceh, korang ingat aku tak tahu, walaupun aku tak paham dia cakap ape tapi aku paham dari body language kartun-kartun tu taw.
![]() |
| Ni ha batu kryptonnya. |
Habis kartun superman, ganti spiderman pulak. Bila pulak nak ganti channel kartun aku. Cool. Cool. Cakap pasal spiderman. SPIDERMAN bahasa melayunya LELAKI LABAH-LABAH.
Cerita mengarut macam ni jugak yang dia pergi tengok. Abang aku kata lepas hero kartun tu kena gigit dengan labah-labah, dia terus macam labah-labah.
Hero kartun tu hanya perlu buat jarinya macam tu, keluarlah jaring labah-labahnye macam gambar tu. Gila tak mengarut. Memang tak boleh blah.
Bila aku comparekan dua kartun ni. Tak ade beza misi superhero dua ni melainkan menyelamatkan dunia dari musuh dan menghapuskan kejahatan. Cuma yang bezanya, muncul perwatakan dan hero yang berbeza nama.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
Ini kek yang ayah pilih dekat kedai
No gift to offer you,
No song to comfort you,
but i have 4 word to tell you,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
pssst: I love my mak, my babah, my adik2 and also my abang.
Thankz give them to me.
Subscribe to:
Comments (Atom)









.jpg)

.jpg)













