CARA BUAT AIR SOYA
Dua tiga minggu yang lepas mak aku mintak tolong blend kan kacang soya. Kata mk mau buat air soya. Disini aku kongsikan macam mana nak buat air soya yang dekat kedai-kedai tu.
Bahan-bahannya:
- 1 cawan kacang soya
- 2 jug air
- 5 helai daun pandan
- gula secukup rasa dan 1/2 sudu teh garam
- blender dan penapis teh
Cara-caranya:
- Basuh dan rendam kacang soya satu malam atau hingga kembang.
- Kisar 2 senduk kacang itu dengan 4 setengah cawan air hingga halus. Buat sehingga habis.
- Tapis kacang yang telah dikisar dengan penapis teh. Kumpul hampas yang masih basah dalam mangkuk besar. Buat sehingga habis.
- Tapis air soya sekali lagi untuk mengasingkan serdak halus.
- Masukkan air soya dalam periuk bersama pandan dan garam. Kacau sebentar. Biarkan mendidih kemudian tutup api.
- Gula boleh diletakkan semasa memasak tadi ataupun dibubuh kemudian.
- Siap dihidangkan ketika sejuk atau panas.
No comments:
Post a Comment