Wednesday, 9 January 2013

SUPERHERO PART 2


Habis kartun spiderman berganti kartun batman. Banyak- banyak kartun superhero. Satu kartun ni saja yang boleh masuk dalam kepala aku. Sebab kartun ni tak berdasarkan kuasa super tapi menggunakan teknologi canggih. Teknologi yang paling aku suka kereta batmannya. Pergh, terigin aku nak naik.


Tengok lah tu, bentuk keretanya, gila tak suka.



Setahu aku batman ada dua musuh yang liat. Joker dan pingu.

Joker
Pingu




Aku memang tak suka dua-dua musuh ni. Batman dia dapat ilham cipta teknologi batman apbila dia diserang sekumpulan kelawar.

Aku ingat lagi ada kartun gabungan superman, batman dengan superhero yang lain. Justice League kalau tak silap la. Kejap, aku google jap betul ke tak. Hah, betul- betul.


Yang depan sekali Superman, dia ni kira ketua paling besar. Kanan Batman, Flash and Hawkgirl
Kiri selepas superman tu wonderwoman, Green Lantern and Martian Manhunter.Mula-mula kumpulannya berdasarkan beberapa superhero kartun ini. Kemudian bertambah dengan kehadiran Green arrow, Black Canary, The atom, Hawkman, Elongated Man and Red Tornado. 

Sekarang dah banyak kartun superhero lagi. Ben-10, Godzilla entah banyak lagi. Sampai ke sudahnya aku tak dapat tengok kartun aku. Nak tahu kartun kegemaran aku, lain kali kalau aku free. Aku kasi tahu sama lu.


Tuesday, 8 January 2013

SUPERHERO PART 1




Time aku kecik-kecik dulu, abang aku selalu tengok kartun superhero. TV ada satu aje. Sape yang cepat pegang remote tv dia lah berkuasa. Yang lambat tu kiranya kalah lah. So, aku duduk dekat belakang macam apek kalah judi. Bukan apa. Aku tak suka tengok cite-cite macam ni. lagi- lagi kalau tak ada sarikata. Dahlah cakap omputih. Kejadah dia, ajak aku tengok cite macam tu. Sepatah haram tak faham. Almaklumlah kecik-kecik dulu bahasa omputih yang aku tahu I and YOU. Superb sengal.

Kartun superhero first yang aku tengok supermanlah. Setiap ahad dok ngadap kartun superman. Aku? Sekali lagi like a stupid.





Yang aku tahu Superman ni satu aje kelemahan dia. Ape dia? Sabarlah jangan menyampuk. Kuasa dia jadi lemah bila tengok batu Kripton. Ceh, korang ingat aku tak tahu, walaupun aku tak paham dia cakap ape tapi aku paham dari body language kartun-kartun tu taw.

Ni ha batu kryptonnya.



Habis kartun superman, ganti spiderman pulak. Bila pulak nak ganti channel kartun aku. Cool. Cool. Cakap pasal spiderman. SPIDERMAN bahasa melayunya LELAKI LABAH-LABAH.






Cerita mengarut macam ni jugak yang dia pergi tengok. Abang aku kata lepas hero kartun tu kena gigit dengan labah-labah, dia terus macam labah-labah.
Hero kartun tu hanya perlu buat jarinya macam tu, keluarlah jaring labah-labahnye macam gambar tu. Gila tak mengarut. Memang tak boleh blah.
Bila aku comparekan dua kartun ni. Tak ade beza misi superhero dua ni melainkan menyelamatkan dunia dari musuh dan menghapuskan kejahatan. Cuma yang bezanya, muncul perwatakan dan hero yang berbeza nama.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU








Ini kek yang ayah pilih dekat kedai


Happy birthday to my mum on 1 January.

No gift to offer you,
No song to comfort you,
but i have 4 word to tell you,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU


pssst: I love my mak, my babah, my adik2 and also my abang. 
Thankz give them to me.