Sunday, 2 December 2012

COOLBLOG





Bila membe aku kata nak belanja coolblog. Dekat kepala otk aku ni dh fikir macam macam. Produk baru keluaran M'CD ke. Rupa-rupanya tu sejenis kategori minuman.  First taste aku ialah chocolate blog. Sebab membe belanja dan juga first time aku minum tu. Jadi aku ikut aje lah ape yang dia beli. Sedap memang sedap. Tapi tekak aku tak boleh terima yg rasa macam susu. Cepat muak. And then mulalah rasa nak muntah. Dekat chocolate blog ni dia letak pearl. Ape tu? Dia bulat-bulat warna hitam. Tapi aku tengok membe aku sorang ni laju je sedut.

Last last aku baru habiskan setengah dia dah habis coolblog tu. Lama jugalah aku aabiskan chocolte tu. Lepas ari tu dah macam habit, bila aku keluar jalan-jalan benda tu mesti tak ketinggalan. Tapi choclate blog bukan pilihan aku. Aku suka yang fruit taste. Tapi aku tak letak pearl, aku letak jelly. Jelly dia bukan satu flavour aje. Ada epal, Yang belang-belang, macam macam lagi la.


Menu dia.


Ayah aku pun suka coolblog. Dia suka Nenas blend campur jelly epal. Tiap kali aku jalan dengan dia, aku lah yang disuruh belinya. Sampaikan cara buat dia aku dah tahu.



Dari pemerhatian aku.
Ais batu tu dia blend sampai hancur. Before that, dia masukkan 2 tutup perasa (epal ke nenas ke anggur ke ape apelah) untuk satu cawan kedalam blender.



Ini yang aku selalu beli.
 Tapi aku stick dengan jelly sebagai acessory


 Jadi kita blend perasa tu bersama sama ais batu.  Untuk pilihan acessory (pearl or jelly). Dia masukkan 2 senduk kecil dalam cawan. Then, dia tuangkan yang dia telah blend ke dalam cawan yang terkandung acessory.


Nilah yang aku cakap ada Jely apple, jely anggur dan macam yang korang boleh 
nampak kat gambar tu le.


Senang aje. Tapi tak taw lh aku kalo dia ada letak ramuan special ke.


Friday, 30 November 2012

TEKA TEKI



Salam Malam,

Masa aku belajar kat kolej dulu, aku dengan sorang member baik ni, suka main teka- teki. Lucu pulak bila ingat balik teka- teki tu. Punya nak menang sangat, ada ke patut teka-teki yang tak masuk akal pun dia soal. memang gila.

Aku pun layan jugak la.

Teka teki dia bunyi nye macam ni.
banyak banyak negara, negara mana yang banyak pokok?
korang rasa apa?

Ade lagi.
kalau manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
Aku dengan konpiusnye tanpa ragu ragu jawab jadi apa lagi, jadi manusia la. Betulke jawapan aku tu? 

Entah banyak lagi yang disoalnye dekat aku. Lupa (padahal menyampah asyik disoal teka-teki yang bukan bukan)


Tapi ok lorh tak kan dia nak tanya aku teka-teki time aku sekolah dulu, sapa kata tak boleh, boleh, boleh sangat sangat, boleh blah.
Teka teki teka tekuk ular mati hisap rosak. Try la tanye. Bukan setakat ular tu  mati sebab rokok. Ko yang mati sekali tercekik puntung rokok. Kejam tak. Kejam kan.

Cik D pun ada teka teki gak. 
1) Ape yang boleh naik tapi tak boleh turun.
OWH SENANG! Ade lagi.

2) Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
Ko kate cik D. Amboi gurau kasar nampak. Oh jadi ko sengih aku kene sengih gak ke!

3) Kalau gajah naik LRT, ‘The Rock’ naik apa?
cik D pun kenal The Rock. Ingat aku ape. Tengok Hindustan je ke.

4) Apakah barang yang lebih berguna apabila pecah?
5) Gajah naik titi, titi patah. Semut nak naik titi, patah apa?



Selamat menjawab. 

Ape? Jawapan yang membe cik D soal tu. Pikir pikir la sendiri. senang punya keje ye ko. Aq pun dulu pikir sampai senget sebelah otak aku. Ambik masa berhari- hari aku nak balance kan balik. Habis semua programming yg aku dah set kat otak aku.

AKU ITU PUNYA ANGAN ANGAN



Salahkah,

Aku itu punya angan-angan.
Menanam strawberi
Aku itu punya angan- angan
punya duit yang banyak
Aku itu punya angan- angan
Punya kebun untuk berbakti kepada tanah

Dengan angan- angan saja tak cukup.Ia mestilah diselaraskan dengan usaha. Masakan kejayaan datang bergolek tanpa usaha. Kalau begitu tak perlu ada angan- angan. Petik jari sahaja. Wau, berbanjir- banjir duit atas lantai. Wau, aku punya rumah yang besar.

Benarkah begitu.

Renungkan lah.